Taklimat Skim Insentif Proses Inokulasi Pengeluaran Gaharu



TAKLIMAT SKIM INSENTIF PROSES INOKULASI PENGELUARAN GAHARU
MTIB telah melaksanakan Taklimat Skim Insentif Proses Inokulasi Pengeluaran Gaharu kepada pekebun kecil & usahawan Gaharu pada 19 Februari 2024 bertempat di Dewan Persidangan MTIB, Kuala Lumpur.
Program ini adalah merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan industri hiliran Gaharu terutamanya dalam penghasilan Gaharu secara proses inokulasi.
Taklimat mengenai Kajian Inokulasi Pokok Karas telah disampaikan oleh Encik Mohd Zamakhsyary Mustapa, Ketua Pegawai Eksekutif Forest Plantation Developement Sdn. Bhd. dan Taklimat berkaitan Skim Insentif Proses Inokulasi Bagi Pengeluaran Gaharu telah disampaikan oleh Ts. Muhamad Faizul Razilah, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri. Seramai 70 orang peserta telah menyertai taklimat ini.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Skim Insentif Proses Inokulasi Karas Untuk Pengeluaran Gaharu boleh hubungi Bahagian Pembangunan Industri di talian 03-92822235.