Tahniah dan Selamat Datang Pengerusi Baharu FPDSB

Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga FPDSB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan Y.Bhg Dato' Wan Mohd Nizar bin Wan Fauzi sebagai Pengerusi Forest Plantation Development Sdn Bhd yang baharu berkuat kuasa 2 Mac 2026.
Semoga akan terus cemerlang dalam memikul amanah dan dapat memberikan sumbangan yang cemerlang demi manfaat Syarikat Forest Plantation Development Sdn. Bhd. khususnya dan industri perkayuan negara amnya.