Sesi Pembentangan Berkenaan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH)



Satu sesi pembentangan berkenaan Program Pembangunan Ladang Hutan bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci mengenai program PPLH dan juga memperkenalkan anak syarikat milik penuh MTIB iaitu Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB) pada 27 Februari 2024 bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia.
Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Puat Dahalan,Pengerusi FPDSB, YBrs. Ts. Dr. Mohd Nor Zamri Mat Amin, Ketua Pengarah MTIB, YBrs. Encik Saiful Bahri Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi) MTIB, En. Mohd Zamakhsyary Mustapa Ketua Pegawai Eksekutif FPDSB serta wakil daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).