Majlis Penyerahan Cek Pembayaran Pertama Pinjaman Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) Daripada FPDSB Kepada MTIB



Majlis ringkas penyerahan cek bagi pembayaran pertama pinjaman Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) daripada FPDSB kepada MTIB telah diadakan pada 27 Februari 2024 bertempat di FPDSB, Menara PGRM Cheras.
Pembayaran pertama kepada MTIB ini merupakan komitmen berterusan FPDSB bagi pembayaran semula pinjaman bagi Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) yang telah bermula sejak tahun 2006.
Seluas 144 ribu hektar Ladang Hutan telah diluluskan penubuhannya sejak tahun 2006 di Malaysia bawah PPLH ini.
Pembayaran semula yang konsisten dari kesemua peminjam juga menjadi penanda aras kepada kejayaan PPLH ini di masa hadapan.
MTIB telah diwakili oleh Ketua Pengarah, YBrs. Ts. Dr. Mohd Nor Zamri Mat Amin dan Pengarah Khidmat Pengurusan, En. Amin Kadir manakala FPDSB diwakili YBhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Puat Bin Dahalan, Pengerusi FPDSB dan ahli Jemaah Lembaga FPDSB.