Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Fpdsb Tahun 2023



Majlis anugerah khidmat cemerlang FPDSB bagi tahun 2023 telah diadakan pada 27 Februari 2024.
Pengurusan FPDSB telah menganugerahkan En. Sadiq Hanif Bin Ali Sabran dan Cik Nur Amalina Binti Rohaizad yang telah menunjukkan budaya kerja cemerlang dan terbaik sepanjang tahun 2023 yang lepas.
Diharapkan budaya kerja terbaik ini diteruskan di masa hadapan. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Puat Bin Dahalan, Pengerusi FPDSB dan turut diraikan oleh semua Ahli Lembaga Pengarah FPDSB.