PerkhidmatanKami
PEMBIAYAAN PROGRAM PEMBANGUNAN LADANG HUTAN

  • FPDSB menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat yang layak bagi Program Pembangunan Ladang Hutan.

  • Kuantum pinjaman yang diberikan kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut;

    Spesies Kadar (RM) per hektar di Semenanjung Malaysia Kadar (RM) per hektar di Sabah / Sarawak
    Getah 10,000 13,000
    Spesies Hutan 8,000 8,000
    Buluh, Paulownia dan Eucalyptus 10,000 10,000

  • Terma dan syarat pinjaman adalah seperti berikut:
    • Kadar faedah : 3.0% + 1.0% (Kos Pengurusan dan Servis Professional)
    • Tempoh pinjaman :  Getah (13 tahun), Spesies Hutan (13 tahun), Buluh, Paulownia & Eucalyptus (12 tahun)
    • Tempoh penangguhan  (dengan kadar faedah kompaun tahunan) :  Getah (5 tahun), Spesies Hutan (5 tahun), Buluh, Paulownia & Eucalyptus (5 tahun)
    • Tempoh bayaran balik selama lima tahun bermula pada tahun ke 5 (dengan kadar faedah kompaun harian)